Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara saudari pelajar UMT
sekalian,
Sukacita diharap agar semua warga berada dalam keadaan sihat sejahtera,
Di sini ingin saya menarik perhatian semua agar mengambil langkah-langkah
pencegahan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga terutamanya semasa
banjir. Terdapat penyakit yang merebak melalui air yang tidak bersih atau
tercemar, makanan yang tidak dimasak dengan betul seperti Taun(cholera),
Demam Tifoid, keracunan makanan dan sebagainya.
Di antara tanda-tanda penyakit berjangkit(bawaan air) yang merbahaya
semasa musim banjir ialah seperti berikut :
i) Cirit yang akut dan berlarutan boleh mengakibatkan dehidrasi
ii) muntah berterusan
iii) Demam
iv) kejang otot dan cramp
v) rasa dahaga, kulit kering, lidah kering disebabkan oleh kurang air
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa Doktor
untuk mendapatkan rawatan.
Di antara langkah pencegahan untuk penyakit ini ialah :
i) Minum air yang di masak ( elakkan air telaga walaupun di masak)
ii)Makan makanan yang baru di masak dengan betul
iii) Guna air yang bersih untuk membasuh sayur, buah-buahan dan alatan memasak
iv) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan bilik air, sebelum makan dan semasa menyediakan makanan
v) Tutup makanan dari lalat, serangga dan tikus
vi) Pilih kedai makan yang bersih ketika makan di kedai makan
vii) Bersih sekeliling rumah dan lupus sampah di tempat yang sesuai
viii)Guna toilet yang sesuai
ix) Jangan mandi air sungai dan air banjir
iix) Elakkan minum minuman berais( ais dari kilang)
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri, keluarga dan rakan kita. Jika
terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Doktor di Pusat
Kesihatan Universiti.
Sekian, terima kasih.
--
Dr. Arnie Binti A.Rahim
Pengarah
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Malaysia Terengganu
Urm.. Luckily I'm not at UMT right now. If not, I really have no idea what to eat while at there. Wonder UMT is having flood or not. haiz, hopefully not to happen. Good Luck to all Terengganu's people and do god bless you especially my friends who still staying at UMT.
1 comment:
i got blog too eh!! view it when u r free la! ^^p
Post a Comment